Friday, August 28, 2009

Perjalanan Hidupku

Jika aku imbas kembali perjalanan hidupku, aku menjadi kagum. Perjalanan hidup banyak diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang amat tragis sekali. Walaupun aku bangga kerana segala peristiwa yang telah aku lalui sebenarnya mengajar aku menjadi berpengetahuan tentang kemanusiaan. Tidak ada ertinya kita hidup kalau kita tidak mampu mempelajari, menghayati, dan menafaatkan pengalaman itu. Aku sekurang-kurangnya berbangga pada diriku sendiri kerana, ya dalam kedaifan dan kekerdilan aku ini aku tetap tabah melalui segala pancaroba hidup. Walaupun aku tahu, orang lain akan senyum sinis kepada aku. Tetapi aku tetap bangga kerana kesinisan mereka, sekurang-kurangnya aku menjadi lebih baik daripada mereka. Memang aku tahu bahawa budaya kita orang Melayu amat suka melihat kegagalan dan kejatuhan orang lain. Cakap mereka lebih lembut tulang daripada lidah. Di hadapan kita bertutur macam seorang ustaz dan ustazah tetapi di belakang kita mereka mencaci dan mencerca.

Aku tahu, bahawa budaya perwarisan ini memang sukar untuk dihakis dan dihilangkan dalam amalan dan budaya Melayu. Orang Melayu adalah satu-satunya bangsa dalam dunia yang amat suka mengungkapkan ujaran mereka dalam bentuk pasif ( pasive voice ), mengapa. Ini kerana orang Melayu adalah satu-satunya bangsa yang tidak suka berterus terang. Mengapa, kerana orang Melayu pemalu sifatnya, mereka tidak akan menjelaskan kemahuan dan keinginannya secara berterus terang. Amalan budaya feudal juga mungkin menyebabkan orang-orang Melayu takut untuk berterus terang. Amalan menikam kawan dari belakang, berhasad dengki, mengadu domba, dan mengumpat untuk menceritakan keburukan orang telah menjadi amalan yang biasa.

Daripada perspektif ahli bahasa, pada pendapat saya orang Melayu sepatutnya digalakan bercakap dalam bentuk ayat-ayat aktif. Hal ini perlu digalakkan agar orang-orang Melayu akan menjadi lebih telus dan berterus terang. Orang Melayu juga perlu digalakkan jangan bersopan santun sangat kerana kesopanan dan kesantunan akan menyebabkan mereka lebih pasif. Mereka akan menjadi individu yang suka menyembunyikan rasa hati dan kemahuan mereka. Akhirnya mereka akan merealisasikan kemahuan itu dengan cara yang negatif.

Struktur ayat aktif, membolehkan kita mengujarkan kemahuan dan kehendak kita secara telus dan berterus terang. Ujaran kita lebih praktikal dan terus menuju objektif dan kemahuan kita tanpa berselindung-selindung. Oleh itu kita sebagai guru yang mengajar bahasa Melayu harus mempopularkan penggunaan struktur aktif ini agar kita sekurang-kurangnya dapat menghapuskan secara sedikit demi sedikit budaya negatif bangsa kita tadi. Wasalam

cetusan minda husin
28/08/09, 245am