Monday, February 18, 2013

Yang sempat saya fikirkan

Asalamualaikum, selamat sejahtera, mega bangsa dan negara kita tetap dirahmati Allah. Saya dilahir di negara tercinta ini dan saya amat berbangga bahawa orang Melayu mampu memerintah negara hingga kita menjadi negara maju. Yang saya tahu jasa UMNO itu begitu besar dalam membina dan memajukan negara ini. Saya berkata begitu mungkin saya hanya mengetahui UMNO itu banyak berjasa kepada pembinaan bangsa dan negara ini. Saya juga masih ingat bagaimana kelantangan Parti PETIR atau PAP di bawah ketuanya Sdr Lee Kuan Yew. Dan pastinya PAP masih kukuh memerintah Singapura. Satu contoh kehebatan bangsa Melayu adalah membiarkan Singapura itu dimilikki oleh orang lain. Dan mungkin kita tidak tahu bagaimana orang Melayu Singapura itu khayal dengan hiburan dan tanpa sedikit rasa bersalah membiarkan Singapura itu bertukar tangan. Fenomena itu mungkin berlarutan sekarang ini, dengan permainan politik yang amat berbahaya ini. Orang Melayu amat daif daripada segi strategi, minda dan perkiraan. Maksudnya dalam etika politik kepartian yang sempit, parti yang didokong oleh semangat perkauman. Orang Melayu cuma mempunyai dua buah parti politik iaitu UMNO dan PAS. Pertentangan antara kedua-dua buah parti polotik ini bakal memecahkan bilangan pengundi Melayu yang bajal menguntungkan parti lain. Maksudnya parti yang berasaskan ras tadi. Mengapa kita tidak boleh memahami bahawa pilihanraya bukannya boleh menentukan bangsa kita tetap berkuasa. Hal ini demikian kemenangan bilangan kerusi terbanyaklah yang bakal membentuk kerajaan. Ironisnya kerajaan Selangor dan Perak, walaupun kita tahu majoriti bilangan rakyatnya adalah Melayu, tetapi yang nampak berkuasa adalah puak-puak DAP yang pastinya bukan Melayu. Ini kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan, dan ini pun sebilangan daripada kita masih tidak faham, masih lagi hayal dengan selogan populis si tukang karut mereka. Cuba fahami secara menganalisis data, kesediaan minda Melayu, dan kebijaksanaan mengatur strategi. Lagipun pada saya mengapa kita menghabiskan waktu hanya untuk memburuk-buruk, menghentam, mengadu domba, sesesama bangsa. Ingat kita tidak akan menjadi kuat dengan hanya menghalau sebangsa kita. Kita sebenarnya semakin mengecil.

Sunday, February 17, 2013

Idea yang orang lain tidak suka untuk membacanya.

Asalamualaikum, semoga sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Mungkin kita tidak menyedari bahawa usia kita semakin merangkak ke arah noktahnya. Pun begitu masih ramai daripada kita berkhayal bahawa kenikmatan dunia itu seharusnya dikaut semahu-mahunya tanpa memikirkan bahawa orang lain pun berhak juga untuk menikmati. Yealah kita manusia dan juga jin dijadikan oleh Tuhan untuk menghuni dunia ini, diberi kenikmatan dan kita diberi nafsu dengan tujuan untuk menguji kita, sama ada kita dapat mengawal godaan itu. Bagi saya apalah sangatnya kenikmatan dunia ini, jika kita mendapatkan dengan cara yang tidak betul. cuma saya sedih melihatkan gelagat sesetengah individu itu seolah-olah begitu baik tetapi masih tergamak melakukan tindakan yang kurang bermoral, tidak bertimbang rasa dan ada kalanya kejam. Dan ironisnya, orang-orang ini berbangga dengan tindakkannya itu. Kadang-kadang, berkata-kata lebih mudah daripada melaksanakannya. Betapa sedihnya kita melihat penderitaan orang, keterlanjuran orang, kehinaan orang, sedangkan kita gagal untuk menghulurkan tangan untuk membantu. Kita sering berhujah itu salah, ini berdosa, ini mungkar tetapi kita gagal untuk memberi ruang kepada keadaan itu berterusan. Kita jadikan norma yang ada untuk terus terusan menghukum orang lain, sedangkan kita tahu bahawa kita manusia memang mudah terjebak untuk melakukan kemungkaran Kita sebenarnya alpa dan tidak menyedari tugas kita sebagai manusia, bukannya untuk menghukum. Tetapi perlu kita sedar bahawa kita dijadikan Tuhan sebagai manusia yang penuh dengan nafsu. Bahawa kita diberi peluang untuk menunjukkan bahawa kita sebagai makhluk yang mampu melalui dugaan dan rintanag itu. Kalau Tuhan mahu kita manusia boleh dijadikan sebagai makhluk yang taat kepada Tuhan seperti malaikat, tapi tidak begitu halnya asas kejadian kita adalah untuk mentaati dan akur kepada perintah Tuhan tetapi perlu melangkaui dugaan dan godaan nafsu terlebih dahulu. Kita seharusnya bukan sahaja terus menghukum, tetapi perlu berdahwah dan menyampaikan. Itu sebenarnya tugas kita sebagai insan. Kalau kita berasa bahawa kita baik, kita mampu menjadi alim sewajarnya kita perlu menyampaikan kemampuan kita itu kepada orang lain. Kita mampu menolong bukannya terus menghukum. Tidak perlulah kita menghukum, menempelak, menghina keran perbuatan kita itu akhirnya akan mengheret kita kepada kemurkaan Tuhan. Kalau kita berasa kita lebih baik, tolonglah orang lain yang kurang bernasib baik, kerana peranan kita sebagai khalifah adalah untuk membimbing dan menolong orang lain daripada terus terjerumus ke lembah kehinaan.

Friday, February 8, 2013

Satu Peringatan

Aku selak lembaran hidupku. Aku menjadi begitu sedih, sayu, terperanjat dan ada juga gembiranya. Ya walaupun aku insan kerdil yang tidak punya apa-apa, sedangkan orang lain itukan begitu hebat dan sentiasa gembira. Tapikan hidup itu seperti roda, sentiasa berputar, dan kesdihan kita sepanjang waktu kan akhirnya terpancar cahaya yang malap dan sedikit demi sedikit akan terang benderang, dan kita akhirnya tersenyum riang. Tapi begitukan keriangan, dan kesenangan itukan tidak akan terus berpanjangan kerana orang lainpun nak senang dan riang juga. Jadi kita perlu akur dengan resam hidup, bahawa susah, senang, gembira dan terlalu gembira adalah pengalaman yang harus kita tempuhi. Cumanya orang yang senang, kaya dan gembira akan tetap tamak bahawa apa yang mereka nikmati itulah haknya sampai mati. Berwaspadalah bahawa perasaan tamak dan haloba itu adalah penyakit hati.

Thursday, February 7, 2013

Serangkai Madah Kugubah Untukmu

Serangkai madah kugubah, untukmu Kartini, Sekuntum senyuman membuatku gundah serangkap bisikan membuatku gelisah. Malam yang sepi membuatku resah digapai mimpi melamun, melamun, dan terus melamun, syahdunya Terkejut aku, deruan ombak menghempas pantai, hatiku berbunga, mewangi Menusuk-nusuk ke lautan sepi. sedangkan aku, tetap sepi dibuai mimpi.

Wednesday, February 6, 2013

Sajakku Untukmu

Aku tiup api yang meliuk dihembus angin malam Aku tetap bungkam. kesepian. Ya Allah Apakah Aku ini masih di sini menemani malam yang sunyi membuat aku kehilangan teman yang sering menemani Malam, malam, malam yang suram, suram. suram gelap, gelap, gelap menyandarkan diri ku di bawah cahaya suram dan kelam, kelam, kelam Selamat Malam Sang purnama, yang di hatimu terpahat sekeping hati yang sering mekar mewangi di taman yang menguntum sepi. malam 1100 mlm 06.02.13

Mengapa Malam ?

Yea, mungkin malam semakin larut, tetapi fikiranku masih menerawang seolah-olah membuatku sentiasa memikirkan hati ini. Mungkin secara tidakku sedari menguntum bunga mawar mewangi kesyahduan malam. Tidakku duga keheningan malam bisa membisikan alunan romantis seorang insan yang begitu sukar untuk kulupakan. Hatta hembusan angin malam menampar-nampar pipiku. Aku lantas menarik selimut lusuhku menutupi jari jemari kakiku. Aku tarik bantal untuk melandasi kepalaku yang pening dan sakit. Mataku pejamkan dalam-dalamm, namun terjelma wajah manismu menguntum senyum. Aku tersenyum sendirian, Bunyi pintu bilikku diketuk. Aku menarik muka masam, kutarik selimutku untuk menutupi mukakau, aduh sejuknya jarijemari kakiku dihembus angin malam melalui tingkap bliku yang terdedah. Mataku mengintai-intai melalui celah-celah selimutku, aku nampak isteriku menyuluh tubuhku dengan lampu picit yang suram cahayanya. Aku berpura-pura bungkam, dan mematikan diri. Kemudian aku lihatt angan isteriku menarik selimutku menutupi kakiku yang terdedah dan disuluhnya sekali mukaku, dan aku rasa dia pasti aku sudah tidur. Dia lalu menutup tingkap, mematikan lampu, dan membiarkan lampu tidur sahaja yang dipasang. Keadaan bilikku suram dan aku berpeluh kerana berpura-pura tidur tadi. Aku pasti isteriku sudah keluar dari bilikku, apabila aku terdengar pintu berdetak ditutup. Aku pasti benar dia sudah keluar dan aku mula memberanikan membuka mataku. Aku tersengih-sengih, puas tetapi akhirnya malu, kerana aku dapat membuat isteriku faham bahawa aku sudah tidur. Aku menolak bantal yang menindih tubuhku. Aku berasa panas, dan rimas. Aku bangun, dan berjalan ke arah meja solek. Aku nampak jelas wajahku yang semakin dimamah usia. Wajahku kelihatan sekejap gelap, sekejap terang disinari cahaya lampu tidur. Aku bingkas bangun, apabila terdengar suara disamber beledek. Menjerit-jerit kedua-dua anakku itu kena belasah. Yea mungkin dia penat, menjaga kedua-dua anak itu dari pagi sampai petang. Tapi apakan daya, aku sendiri penat dan kepenatan, setelah sehari suntuk bekerja. aku mengintai dicelah lubang kunci, aku lihat isteriku khyusuk menonton drama, sambil terus-terusan melipat kain. Ya ya ya ya, saya faham dia kepenatan dan saya terus alp. Aku terus kemurungan kerana melayani mata yang tidak mahu lelap. Tapi wahai mata mengapa kamu tidak mahu lelap dan wahai mindaku tetap berfikir dan mengapa tidak mahu lelap. Mungkin nasibku masih ada kamu. Meniti dihujung-hujung buih pantai, dan akhirnya terdampar di pantai. Mengelungsur pasir pantai menuju laut yang sering menyeringai. Aku anyam gumpalan buih itu menjadi hamparan yang lembut selembut wajahmu yang manis, manis, manis dan mengasyikkan. Aku tenumh wajahmu mekar kelopaknya, menusuk kalbuku kelembutan angin sepi, menampar-nampar wajahku. Aku teraba-raba mencari kehangatan malam yang sudah begitu sukar untuk kucari. Tapi akhirnya aku tahu kau ada di situ si gemok. Selamat malam dan jangan marah 10 45 malam. 6.2.13