Monday, February 18, 2013

Yang sempat saya fikirkan

Asalamualaikum, selamat sejahtera, mega bangsa dan negara kita tetap dirahmati Allah. Saya dilahir di negara tercinta ini dan saya amat berbangga bahawa orang Melayu mampu memerintah negara hingga kita menjadi negara maju. Yang saya tahu jasa UMNO itu begitu besar dalam membina dan memajukan negara ini. Saya berkata begitu mungkin saya hanya mengetahui UMNO itu banyak berjasa kepada pembinaan bangsa dan negara ini. Saya juga masih ingat bagaimana kelantangan Parti PETIR atau PAP di bawah ketuanya Sdr Lee Kuan Yew. Dan pastinya PAP masih kukuh memerintah Singapura. Satu contoh kehebatan bangsa Melayu adalah membiarkan Singapura itu dimilikki oleh orang lain. Dan mungkin kita tidak tahu bagaimana orang Melayu Singapura itu khayal dengan hiburan dan tanpa sedikit rasa bersalah membiarkan Singapura itu bertukar tangan. Fenomena itu mungkin berlarutan sekarang ini, dengan permainan politik yang amat berbahaya ini. Orang Melayu amat daif daripada segi strategi, minda dan perkiraan. Maksudnya dalam etika politik kepartian yang sempit, parti yang didokong oleh semangat perkauman. Orang Melayu cuma mempunyai dua buah parti politik iaitu UMNO dan PAS. Pertentangan antara kedua-dua buah parti polotik ini bakal memecahkan bilangan pengundi Melayu yang bajal menguntungkan parti lain. Maksudnya parti yang berasaskan ras tadi. Mengapa kita tidak boleh memahami bahawa pilihanraya bukannya boleh menentukan bangsa kita tetap berkuasa. Hal ini demikian kemenangan bilangan kerusi terbanyaklah yang bakal membentuk kerajaan. Ironisnya kerajaan Selangor dan Perak, walaupun kita tahu majoriti bilangan rakyatnya adalah Melayu, tetapi yang nampak berkuasa adalah puak-puak DAP yang pastinya bukan Melayu. Ini kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan, dan ini pun sebilangan daripada kita masih tidak faham, masih lagi hayal dengan selogan populis si tukang karut mereka. Cuba fahami secara menganalisis data, kesediaan minda Melayu, dan kebijaksanaan mengatur strategi. Lagipun pada saya mengapa kita menghabiskan waktu hanya untuk memburuk-buruk, menghentam, mengadu domba, sesesama bangsa. Ingat kita tidak akan menjadi kuat dengan hanya menghalau sebangsa kita. Kita sebenarnya semakin mengecil.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Dr. Seandainya segala kemelut politik ini diakhiri dengan penyatuan bangsa Melayu dalam sesebuah parti politik yang unggul, maka bangsa kita akan terbela dan tidak semakin mengecil. Azan di sebuah masjid yang terletak di tengah bandar tersebut tidak dapat dilaungkan dengan bebas kerana agama Islam di sana dihimpit oleh keagungan Sdr Lee Kuan Yew yang telah lama memegang tampuk pemerintahan. Tiada laungan azan secara bebas. Hanya kedengaran di dalam masjid sahaja. Alangkah sedihnya, pabila bangsa asing yang memerintah. Harapan saya agar negara kita stabil dan rakyat dapat berpolitik secara sihat demi membela bangsa Melayu di bumi Malaya seperti dahulu.

    ReplyDelete