Sunday, February 17, 2013

Idea yang orang lain tidak suka untuk membacanya.

Asalamualaikum, semoga sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Mungkin kita tidak menyedari bahawa usia kita semakin merangkak ke arah noktahnya. Pun begitu masih ramai daripada kita berkhayal bahawa kenikmatan dunia itu seharusnya dikaut semahu-mahunya tanpa memikirkan bahawa orang lain pun berhak juga untuk menikmati. Yealah kita manusia dan juga jin dijadikan oleh Tuhan untuk menghuni dunia ini, diberi kenikmatan dan kita diberi nafsu dengan tujuan untuk menguji kita, sama ada kita dapat mengawal godaan itu. Bagi saya apalah sangatnya kenikmatan dunia ini, jika kita mendapatkan dengan cara yang tidak betul. cuma saya sedih melihatkan gelagat sesetengah individu itu seolah-olah begitu baik tetapi masih tergamak melakukan tindakan yang kurang bermoral, tidak bertimbang rasa dan ada kalanya kejam. Dan ironisnya, orang-orang ini berbangga dengan tindakkannya itu. Kadang-kadang, berkata-kata lebih mudah daripada melaksanakannya. Betapa sedihnya kita melihat penderitaan orang, keterlanjuran orang, kehinaan orang, sedangkan kita gagal untuk menghulurkan tangan untuk membantu. Kita sering berhujah itu salah, ini berdosa, ini mungkar tetapi kita gagal untuk memberi ruang kepada keadaan itu berterusan. Kita jadikan norma yang ada untuk terus terusan menghukum orang lain, sedangkan kita tahu bahawa kita manusia memang mudah terjebak untuk melakukan kemungkaran Kita sebenarnya alpa dan tidak menyedari tugas kita sebagai manusia, bukannya untuk menghukum. Tetapi perlu kita sedar bahawa kita dijadikan Tuhan sebagai manusia yang penuh dengan nafsu. Bahawa kita diberi peluang untuk menunjukkan bahawa kita sebagai makhluk yang mampu melalui dugaan dan rintanag itu. Kalau Tuhan mahu kita manusia boleh dijadikan sebagai makhluk yang taat kepada Tuhan seperti malaikat, tapi tidak begitu halnya asas kejadian kita adalah untuk mentaati dan akur kepada perintah Tuhan tetapi perlu melangkaui dugaan dan godaan nafsu terlebih dahulu. Kita seharusnya bukan sahaja terus menghukum, tetapi perlu berdahwah dan menyampaikan. Itu sebenarnya tugas kita sebagai insan. Kalau kita berasa bahawa kita baik, kita mampu menjadi alim sewajarnya kita perlu menyampaikan kemampuan kita itu kepada orang lain. Kita mampu menolong bukannya terus menghukum. Tidak perlulah kita menghukum, menempelak, menghina keran perbuatan kita itu akhirnya akan mengheret kita kepada kemurkaan Tuhan. Kalau kita berasa kita lebih baik, tolonglah orang lain yang kurang bernasib baik, kerana peranan kita sebagai khalifah adalah untuk membimbing dan menolong orang lain daripada terus terjerumus ke lembah kehinaan.

4 comments:

  1. Assalamualaikum, Dr. Sememangnya, batas-batas usia kian melewati kita yang meniti hari-hari yang menjelma. Ya, begitu juga dengan kenikmatan dunia yang kita rasai ini sebenarnya hanya kenikmatan yang jauh berbeza dengan kenikmatan yang bakal dimiliki di Syurga yang kekal abadi. Godaan dan nafsu dek kerapuhan iman bisa diselar dengan ketajaman akal dan fikiran yang berpandukan al-Quran dan hadith. Sudah pastinya, pemimpin dan para cendekiawan bangsa yang berperanan sebagai khalifah dapat membela dan membena pelbagai lapisan bangsa tanpa mengira kedudukan ataupun darjat.

    ReplyDelete
  2. Betul manusia itu hipokrit dlm tindakannya. Saya teringat dahulu, sahabat-sahabat sayang yang sering merantau, memuaskan zaman bujangnya,tapi apabila ingin untuk berumah tangga, akan balik ke kampung dan menyuruh emaknya mencarikan calon isteri. Kan tidak baik begitu, setelah begitu puas berpelisiran, ada hati nak cari yang baik, yang masih suci dan masih belum tercemar. Jadi apa terjadi kepada yang telah menjadi sisa kedurjanaannya. Ini satu bukti manusia itu bersikap hipokrit, tamak dan amat mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Dr. Saya menyokong pendapat Dr. Tetapi, mungkin sebahagian sahaja manusia yang hipokrit dalam tindakannya. Dalam melakukan tindakannya, mungkin jenis manusia yang seperti itu ada agenda di sebaliknya. Walhal mereka telah memuaskan zaman bujangnya di perantauan. Mereka mungkin telah dapat menilai yang mana intan dan yang mana permata ataupun mereka telah insaf akan perbuatannya di masa lalu. Hakikatnya, Allah telah menentukan jodoh yang terbaik buat mereka walaupun mereka telah kecewa ataupun telah mengecewakan kaum lain semasa dalam perantauan. Dasawrsa ini, lazimnya manusia telah berakal dan membuat andaian bahawa calon di kampung merupakan calon yang suci, tulus dan mulus apatah lagi jika emaknya yang membuat pilihan. Emak mana yang mahukan anaknya begitu dan begini di kemudian hari. Mungkin pada mereka yang tidak berhati perut tadi, sisa durjana perlu dinyahkan dalam hidup bak kata orang," Sendiri mahu ngatlah". Saya juga merasa kecewa dengan sikap manusia yang seperti ini sedangkan mereka sepatutnya perlu bertanggungjawab ke atas perlakuannya itu. Manusia yang berfikiran matang tidak akan bertindak sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  4. Maaf tersilap ejaan tadi.
    Dasawarsa ini.
    "Sendiri mahu ingatlah"

    ReplyDelete