Friday, February 8, 2013

Satu Peringatan

Aku selak lembaran hidupku. Aku menjadi begitu sedih, sayu, terperanjat dan ada juga gembiranya. Ya walaupun aku insan kerdil yang tidak punya apa-apa, sedangkan orang lain itukan begitu hebat dan sentiasa gembira. Tapikan hidup itu seperti roda, sentiasa berputar, dan kesdihan kita sepanjang waktu kan akhirnya terpancar cahaya yang malap dan sedikit demi sedikit akan terang benderang, dan kita akhirnya tersenyum riang. Tapi begitukan keriangan, dan kesenangan itukan tidak akan terus berpanjangan kerana orang lainpun nak senang dan riang juga. Jadi kita perlu akur dengan resam hidup, bahawa susah, senang, gembira dan terlalu gembira adalah pengalaman yang harus kita tempuhi. Cumanya orang yang senang, kaya dan gembira akan tetap tamak bahawa apa yang mereka nikmati itulah haknya sampai mati. Berwaspadalah bahawa perasaan tamak dan haloba itu adalah penyakit hati.

1 comment:

  1. Hidup ini bagaikan roda. Berputar-putar tidak menentu masa. Ada waktu naik dan ada waktunya turun. Begitu juga dengan manusia dan iman. Pokoknya, kitalah yang mengawalnya, kitalah yang menanganinya, kitalah yang akan menghadapi situasinya sama ada dengan menggunakan akal atau emosi, rasional atau nafsu. Kita mampu membuat pilihan yang terbaik untuk diri. Adakalanya sesuatu yang difikirkan buruk untuk kita boleh jadi yang terbaik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Apa yang difikirkan baik untuk diri boleh jadi bukan yang terbaik untuk kita. Kita berhak menentukannya. Hadapi semua dugaan yang mendatang dengan tenang dan berusaha dengan penuh kesabaran dan keikhlasan supaya kita akan sentiasa tersenyum. Tanpa Rahmat dan kasih sayang-Nya tidak mungkin kita dapat menghirup udara dan melihat alam yang indah. Siang hari kita menjadi seperti singa yang mencari rezeki yang halal di atas muka bumu ini, yang hanya pinjaman dari-Nya. Namun di malam hari menjadi ulat yang sentiasa merendah diri di malam yang sepi bermunajat kepada-Nya. Semua orang pernah berada di bawah dan tidak semua orang pernah kekal berada di atas. Saya bersetuju bahawa tamak dan haloba itu memang penyakit hati. Namun, penyakit itu boleh kita musnahkan dengan iman yang teguh sebagai senjata, rasa tawaduk dan tidak haloba dengan kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini.

    ReplyDelete