Thursday, February 7, 2013

Serangkai Madah Kugubah Untukmu

Serangkai madah kugubah, untukmu Kartini, Sekuntum senyuman membuatku gundah serangkap bisikan membuatku gelisah. Malam yang sepi membuatku resah digapai mimpi melamun, melamun, dan terus melamun, syahdunya Terkejut aku, deruan ombak menghempas pantai, hatiku berbunga, mewangi Menusuk-nusuk ke lautan sepi. sedangkan aku, tetap sepi dibuai mimpi.

4 comments:

  1. Gubahan madah bertakhtakan irama, untukmu Ujang, Nengunku tumpah dek dramatikmu yang tak kunjung padam,Jiwa pragmatikmu sahmura bagiku, Kekalapanku pabila diuji dan diuji bak tabung uji yang senantiasa basah dengan asid amino,Bak lahar gunung yang mengganas, Bahang kepanasan itulah menjadi sejuta penawar menangkis jiwa yang walang, Angin sepoi menyapaku mengusap lembut mindaku yang kaku, Meruntun jiwaku, Pepohonan yang menghijau di kaki Gunung Kalimanjaro melambai-lambai menyatakan ketenangan, Dedahan berbisik indahnya pepohonan realiti, Rintik-rintik hujan membasahi bumi, Kilat sabung-menyabung, Pabila cuaca kembali ceria, Pelangi indah menjelma semula, Lautan sepi digamit ombak, Bagiku sepi dan mimpi itu buaian alam.

    ReplyDelete
  2. Wasalam masa bila pergi ke Gunung Kilimanjaro ini. Ini begitu jauh jangkauannya. Melangkaui benua begitu. Betul kan untuk maju kita kan harus berfikir di luar jangkauan. Tidaklah kita asyik memikirkan, apa yang nak dimasak pada pentang ini. Yang paling pentingkan kita nak makan apa petang ini, sama ada boleh dibeli, atau bertandang ke rumah orang, negitukan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Dr. Pergi ke Gunung Kilimanjaro semasa belajar Sejarah. Ya, sememangnya betul Dr. Begitu juga dengan alam pendidikan masa kini. Mendidik bukan untuk kegunaan hari ini sahaja tetapi untuk kegunaan pada masa akan datang. Sayangnya anak-anak didik seperti anak sendiri sedangkan kita tidak tahu ke mana mereka nanti. Pastinya, mereka berjaya dan paling kurang pun berjasa.

    ReplyDelete