Wednesday, February 6, 2013

Mengapa Malam ?

Yea, mungkin malam semakin larut, tetapi fikiranku masih menerawang seolah-olah membuatku sentiasa memikirkan hati ini. Mungkin secara tidakku sedari menguntum bunga mawar mewangi kesyahduan malam. Tidakku duga keheningan malam bisa membisikan alunan romantis seorang insan yang begitu sukar untuk kulupakan. Hatta hembusan angin malam menampar-nampar pipiku. Aku lantas menarik selimut lusuhku menutupi jari jemari kakiku. Aku tarik bantal untuk melandasi kepalaku yang pening dan sakit. Mataku pejamkan dalam-dalamm, namun terjelma wajah manismu menguntum senyum. Aku tersenyum sendirian, Bunyi pintu bilikku diketuk. Aku menarik muka masam, kutarik selimutku untuk menutupi mukakau, aduh sejuknya jarijemari kakiku dihembus angin malam melalui tingkap bliku yang terdedah. Mataku mengintai-intai melalui celah-celah selimutku, aku nampak isteriku menyuluh tubuhku dengan lampu picit yang suram cahayanya. Aku berpura-pura bungkam, dan mematikan diri. Kemudian aku lihatt angan isteriku menarik selimutku menutupi kakiku yang terdedah dan disuluhnya sekali mukaku, dan aku rasa dia pasti aku sudah tidur. Dia lalu menutup tingkap, mematikan lampu, dan membiarkan lampu tidur sahaja yang dipasang. Keadaan bilikku suram dan aku berpeluh kerana berpura-pura tidur tadi. Aku pasti isteriku sudah keluar dari bilikku, apabila aku terdengar pintu berdetak ditutup. Aku pasti benar dia sudah keluar dan aku mula memberanikan membuka mataku. Aku tersengih-sengih, puas tetapi akhirnya malu, kerana aku dapat membuat isteriku faham bahawa aku sudah tidur. Aku menolak bantal yang menindih tubuhku. Aku berasa panas, dan rimas. Aku bangun, dan berjalan ke arah meja solek. Aku nampak jelas wajahku yang semakin dimamah usia. Wajahku kelihatan sekejap gelap, sekejap terang disinari cahaya lampu tidur. Aku bingkas bangun, apabila terdengar suara disamber beledek. Menjerit-jerit kedua-dua anakku itu kena belasah. Yea mungkin dia penat, menjaga kedua-dua anak itu dari pagi sampai petang. Tapi apakan daya, aku sendiri penat dan kepenatan, setelah sehari suntuk bekerja. aku mengintai dicelah lubang kunci, aku lihat isteriku khyusuk menonton drama, sambil terus-terusan melipat kain. Ya ya ya ya, saya faham dia kepenatan dan saya terus alp. Aku terus kemurungan kerana melayani mata yang tidak mahu lelap. Tapi wahai mata mengapa kamu tidak mahu lelap dan wahai mindaku tetap berfikir dan mengapa tidak mahu lelap. Mungkin nasibku masih ada kamu. Meniti dihujung-hujung buih pantai, dan akhirnya terdampar di pantai. Mengelungsur pasir pantai menuju laut yang sering menyeringai. Aku anyam gumpalan buih itu menjadi hamparan yang lembut selembut wajahmu yang manis, manis, manis dan mengasyikkan. Aku tenumh wajahmu mekar kelopaknya, menusuk kalbuku kelembutan angin sepi, menampar-nampar wajahku. Aku teraba-raba mencari kehangatan malam yang sudah begitu sukar untuk kucari. Tapi akhirnya aku tahu kau ada di situ si gemok. Selamat malam dan jangan marah 10 45 malam. 6.2.13

No comments:

Post a Comment