Thursday, December 9, 2010

Sang Melatiku
( Sajak ini kudedikasikan kepada
sang kekasih yang bernama Anantasia )

Syahdunya lagu rindu
yang sering kau dendangkan,
Aku menjadi seorang perindu
yang tenggelam dalam malu,
Aku seolah penyair yang kealpaan
melukis keindahan malam,
yang menghampakan.

Suaramu
yang gemersik,
merisik kalbuku,
aku menjadi nanar,
kerna kedambaan cintamu,

Matamu yang sayu,
mengetuk pintu hatiku,
Aku menjadi kaku kerna,
terus malu dan melayu.

Keheningan malam terus kelam,
Sang Balam terus membelam,
Sang Melatiku terus bungkam,
membiarkan aku terus tenggelam,
dalam kehangat malam yang suram.

Sunday, June 20, 2010

Hanya Satu Cetusan

Mungkin aku alpa, mungkin juga aku terleka, atau memang sudah suratan.  Aku manusia yang biasa.  Aku juga memahami antara kehidupan itu penuh dengan satu cabaran dan dugaan.  Aku pernah tabah dan cekal dalam kehidupan.  Aku juga pernah terjatuh jauh ke asakan lembayung.  Tetapi aku tetap aku... Aku tetap bangun dengan satu kekuatan.  Tetapi itulah kehidupan.  Satu kehidupan tidak pernah tahu erti kepuasan kerna kehidupan sering diwarnai dengan dugaan.  Masih aku teringat, bahawa kehidupan itu sebenarnya satu perjalanan jauh yang penuh ranjau dan pancaroba.  Aku mengerti, aku mengerti.  Pengertian yang akhirnya  aku akan tahu bahawa Tuhan itu amat menyayangi aku.

Satu Noktah Kehidupan

Dalam melayan lamunan malam,
dalam mendakap kesyahduan
aku cuba mengimbau ratapan
yang cuba kita bicarakan,

Aku,
mungkin agak menganihkan
seorang pembicara yang malu
digigit nada keremajaan,
dan sukar untuk diterangkan.

Aku,
terkelu lidah
cuba menghamburkan
seutas madah yang sumbang,
tanpa mempercayai  kata
tanpa menpercayai igauan,
yang selalu menghancurkan.

Apa erti sebuah kehidupan
yang sering ditangisi sang malam,
Apa erti keidupan
yang sentiasa dirundung malang,

Kan...
kita perlu bangkit,
bisa memperkatakan,
bahawa kehidupan,
sering mendambakannya.

maaf,
maaf,
kita masih alpa,
kehidupan itu,
sandiwara cuma.

Sunday, June 6, 2010

Susah Nak Aku Beritahu

Orang kata senang
Tapi aku kata bukan senang
Orang kata bukan tidak senang
Tapi aku kata senang dan memang senang

Apa yang nak ku katakan
Orang tidak akan percayakan
Apa yang nak akanku ceritakan
Orang sering dan selalu mempersoal

Itulah aku insan yang serba kurang
Aku seorang insan yang serba tidak upaya
Aku keseorangan dalam kongkongan ketidakupayaan.

Tidak,
Tidak akanku khabarkan,
Apa yang tersimpul dalam hati
Biar dia jadi nanah, barah yang menyeksakan.

Namun aku tetap aku,
Manusia biasa yang biasa,
Di hadapanmu Ilahi aku pasrahkan.

1230 malam
Ketika semuanya sudah tidur.

Saturday, February 13, 2010

Sebuah Kehidupan

Kini masanya untuk tahu
tentang kehidupan...

Hamparan melakukan pemikiran,
satu satunya yang tidak menentu,
satu fragmen kehidupan,
membelenggu ketenangan.

Aku pernah berteleku,
mengutukki satu kehancuran,
Luka yang dalam bercucuran,
tetapi aku tetap aku.

Mungkin yang serba mungkin,
Kita lunak menyaksikannya
hancurnya satu kehidupan,
keharmonisan yang luka.

Manusia yang dikatakan manusia,
sering mendramakan satu kehidupan,
yang bakal membuat orang sepi,
Luka dan terluka,
dengan membawa erti sebuah kehidupan.

Tapi percayalah wahai hati,
Aku tak pernah percaya,
Asakkan kehinaan dan kedurjanaan
bakal membuat kan aku bisu.

14 FEB 2010.

Wednesday, February 10, 2010

Sebuah Satire

Mungkin payah untuk memberitahu kepada orang apa yang kita fikirkan. Kerna pemikiran kita kadang-kadang tidak pernah selari dengan pemikiran orang lain. Pemikiran kontra jarang mendapat tempat dalam minda orang Melayu. Pemikiran mereka masih terbelengu dengan dogma kesetiaan yang membuta tuli. Tapi pada hemat saya untuk mengubah minda bangsa kita, terpaksalah kita mendepani dengan pendekatan yang berbeza. Mungkin tidak ramai yang akan faham dengan hujah saya. Cuma kita hendak manusia Melayu itu dicadangkan supaya berfikiran agak kontradik daripada amalan biasa.

drhussin
11 malam