Sunday, June 20, 2010

Satu Noktah Kehidupan

Dalam melayan lamunan malam,
dalam mendakap kesyahduan
aku cuba mengimbau ratapan
yang cuba kita bicarakan,

Aku,
mungkin agak menganihkan
seorang pembicara yang malu
digigit nada keremajaan,
dan sukar untuk diterangkan.

Aku,
terkelu lidah
cuba menghamburkan
seutas madah yang sumbang,
tanpa mempercayai  kata
tanpa menpercayai igauan,
yang selalu menghancurkan.

Apa erti sebuah kehidupan
yang sering ditangisi sang malam,
Apa erti keidupan
yang sentiasa dirundung malang,

Kan...
kita perlu bangkit,
bisa memperkatakan,
bahawa kehidupan,
sering mendambakannya.

maaf,
maaf,
kita masih alpa,
kehidupan itu,
sandiwara cuma.

No comments:

Post a Comment