Sunday, June 20, 2010

Hanya Satu Cetusan

Mungkin aku alpa, mungkin juga aku terleka, atau memang sudah suratan.  Aku manusia yang biasa.  Aku juga memahami antara kehidupan itu penuh dengan satu cabaran dan dugaan.  Aku pernah tabah dan cekal dalam kehidupan.  Aku juga pernah terjatuh jauh ke asakan lembayung.  Tetapi aku tetap aku... Aku tetap bangun dengan satu kekuatan.  Tetapi itulah kehidupan.  Satu kehidupan tidak pernah tahu erti kepuasan kerna kehidupan sering diwarnai dengan dugaan.  Masih aku teringat, bahawa kehidupan itu sebenarnya satu perjalanan jauh yang penuh ranjau dan pancaroba.  Aku mengerti, aku mengerti.  Pengertian yang akhirnya  aku akan tahu bahawa Tuhan itu amat menyayangi aku.

No comments:

Post a Comment