Saturday, April 30, 2011

Bab IV

Kasihmu menjauh pergi membuat hidupku sepi. Kaubiarkan aku gelisah merinduimu, kau sengaja mewujudkan jurang antara kita, setelah kasihkau beri, kini kau senghaja membiarkan aku terus merinduimu.

Aku menjadi bingung, seolah-olah kehilangan arah kehidupanku. Aku tahu kehidupan ini memerlukan kasih syang, tetapi kasih sayang akan akhirnya memyebabkan kita alpa bahawa kehidupan kita akhirnya akan sering begitu menjauh.

Aku terus bergegas menyambar nota kuliahku kerana masa untuk aku masuk ke kuliah sudah sampai. Aku lemparkan lamunanku tadi jauh. Aku punya tanggungjawab yang harus aku selesaikan. Aku ada anak didikku yang harus aku lunaskan tugas ini. Biarkan ida terus menyepi, jauh dalam hatiku. Kerana dia sering mengejar bayang-bayangku. Aku menjadi begitu takut kernan cinta yang abadi itu hanya akan membawaku ke sebuah fartamorgana.

Bab III

Hati ini nanar memikirkan tentang cinta. Kenapa kita harus mengungkapkan cinta, kenapa perlukan kasih. Biarkan aku hidup sendiri, melayani kehendak malam. Tapi apakah aku mungkin melarikan diri dari bermadah tentang cinta kerna cinta sering mengejarku. Aku juga hanya insan biasa, yang sentiasa pasrah dengan kehendakmu Ilahi. Dalam menitipkan hari-hari mendatang, aku semakin terhimpit antara kasih sayang dan juga kesetiaan. Hatiku yang telah merobek, amat sukar untuk sembuh. Aku manusia yang lemah, pakan dayaku untuk menyanggh takdir-Mu Ilahi.


Dalam tangis, dalam sedih kubiarkan air mataku mengalir deras menangisi sebuah pemergian. Kau pergi padanya, kaulupakkan aku. Kau buat aku nanar merindui kasihmu, sedangkan aku termanggu-manggu, kehilangan sebuah kasih sayang abadi. Aku tidak tahu apakah sebabnya kau harus meninggalkan aku. Sedangkan api kesetiaanku terus menyala membakar nilai kasih sayang kita selama ini. Apakah kekejaman ini harus aku terima ketika aku berkata jujur padamu.

Tapi, aku sedar bahawa itu ujian-Mu yang maha agung. Apa aku bisa mengatakan salah ketentuan-Mu. Aku tetap akur kerana akhirnya kita sebanarnya sudah begitu terasing dalam dakapan kerinduan yang tak kesampaian.

Bab II

Gemersiknya ombak laut, membadai pantai tanpa hentinya. Daun-daun niyur beralun, menerbitkan alunan bunyi yang begitu lunak dan aman sekali. Aku sudah lama menjadi penunggu batu pantai sambil mataku meniti buih. Sesekali anak-anak ikan melenting-lenting di atas ombak, diburu sang ikan mengganas. Mentari semakin mencecah ke hujung laut, cuaca semakin meredup.

Oh hebatnya, anugerah tuhan
Hatiku berkata-kata

Pemandangan yang begitu syahdu, terus menusuk kalbuku. Aku teringat Melatiku, yang sayu memandangku. Aku cuba-cuba menolehkan fikiranku, tetapi aku tidak upaya, kerana dia sering muncul seawal aku cuba melupakannya. Mungkin itu anugerah tuhan kepadaku yang sering kesepian. Tapi hatiku selalu cuba merobek bisikan ahtiku ini. Kan tidak pantas seorang seuisiaku ini untuk memikirkan hati yang sesuci itu.

Bab 1

Aku hulurkan sebuah senyuman. Mungkin dia tersenyum manis. Fikiranku menerawang setinggi awan biru, melayani kehendak nuraniku. Mengapa hatiku begitu sayu tika dia menghulukan tangannya. Tanpaku sedari kupegang erat tangannya. Dia tetap membisu kerana aku tahu dia mencintaiku.

Dok? dah habis

Tetiba pelajarku menyergahku

Ye, ye teruskan
Teruskan apa Dok, kita dah habis
Pukul brapa nie?
Masa kita dah habis Dok?

Aku bangun kemalu-maluan.

Ok, ok kita sambung esok.

Begitulah yang sering terjadi apabila aku memikirkan wajah sang Melatiku. Pelajar-pelajar aku sudah biasa dengan gelagatku. Tapi aku ini memang seorang pensyarah yang agak sporting.

Friday, April 29, 2011

Sesejuk Hatimu Melati ( Prolog )

Aku termenung. Mungkin itu yang selalu aku lakukan, apabila mengingati namanya. Melati seorang gadis yang begitu ayu dan sayu. Di sebalik tudung yang manis sekali. Kadang-kadang aku menjadi gundah apabila mengingati namanya. Tapi itukan permainan hati, namanya. Aku tahu, dan selamanya juga aku sedar bahawa dia sangat ayu. Tapi kan dia begitu polos, selalu menghubungi aku, tapi selalu cuba memungkirinya. Cuma aku tidak sedar dia mempunyai hati yang begitu tulus. Mungkin juga Aku selalu berfikir dia tidak pernah mendambakan aku.

Dok? ,
suara halus tiba-tiba menyapaku.
Dok, buat apa di sini?
Oh! tak de apa.
Aku menjawab, tergagap-gagap kemalu-maluan
Dok? Ble kita teruskan perbincangan kita
Boleh, boleh, teruskan,
Aku menyuruh kumpulan seterusnya untuk membuat pembentangan.

Aku selalu termenung,dan selalunya disedari oleh pelajar-pelajarku bahawa saya sering mengelamun. Aku tahu hati nuraniku selalu berfikir, bilakah akan berakhirnya zaman gerhana. Aku sudah biasa hidup kesepian. Tetapi aku juga sering mengatakan pada diriku, aku perlu kuat. Kasih sayangku tetap abadi. Kerana hidup ini sememangnya perlalu melalui satu perjalanan yang jauh. Tapi kepasrahan yang telah berlalu menyebabkan ketandusan yang berterusan. Aku sedar hidup itu satu perjuangan yang bila akan sampai ke mercunya.