Friday, April 29, 2011

Sesejuk Hatimu Melati ( Prolog )

Aku termenung. Mungkin itu yang selalu aku lakukan, apabila mengingati namanya. Melati seorang gadis yang begitu ayu dan sayu. Di sebalik tudung yang manis sekali. Kadang-kadang aku menjadi gundah apabila mengingati namanya. Tapi itukan permainan hati, namanya. Aku tahu, dan selamanya juga aku sedar bahawa dia sangat ayu. Tapi kan dia begitu polos, selalu menghubungi aku, tapi selalu cuba memungkirinya. Cuma aku tidak sedar dia mempunyai hati yang begitu tulus. Mungkin juga Aku selalu berfikir dia tidak pernah mendambakan aku.

Dok? ,
suara halus tiba-tiba menyapaku.
Dok, buat apa di sini?
Oh! tak de apa.
Aku menjawab, tergagap-gagap kemalu-maluan
Dok? Ble kita teruskan perbincangan kita
Boleh, boleh, teruskan,
Aku menyuruh kumpulan seterusnya untuk membuat pembentangan.

Aku selalu termenung,dan selalunya disedari oleh pelajar-pelajarku bahawa saya sering mengelamun. Aku tahu hati nuraniku selalu berfikir, bilakah akan berakhirnya zaman gerhana. Aku sudah biasa hidup kesepian. Tetapi aku juga sering mengatakan pada diriku, aku perlu kuat. Kasih sayangku tetap abadi. Kerana hidup ini sememangnya perlalu melalui satu perjalanan yang jauh. Tapi kepasrahan yang telah berlalu menyebabkan ketandusan yang berterusan. Aku sedar hidup itu satu perjuangan yang bila akan sampai ke mercunya.

No comments:

Post a Comment