Saturday, April 30, 2011

Bab II

Gemersiknya ombak laut, membadai pantai tanpa hentinya. Daun-daun niyur beralun, menerbitkan alunan bunyi yang begitu lunak dan aman sekali. Aku sudah lama menjadi penunggu batu pantai sambil mataku meniti buih. Sesekali anak-anak ikan melenting-lenting di atas ombak, diburu sang ikan mengganas. Mentari semakin mencecah ke hujung laut, cuaca semakin meredup.

Oh hebatnya, anugerah tuhan
Hatiku berkata-kata

Pemandangan yang begitu syahdu, terus menusuk kalbuku. Aku teringat Melatiku, yang sayu memandangku. Aku cuba-cuba menolehkan fikiranku, tetapi aku tidak upaya, kerana dia sering muncul seawal aku cuba melupakannya. Mungkin itu anugerah tuhan kepadaku yang sering kesepian. Tapi hatiku selalu cuba merobek bisikan ahtiku ini. Kan tidak pantas seorang seuisiaku ini untuk memikirkan hati yang sesuci itu.

No comments:

Post a Comment