Saturday, April 30, 2011

Bab IV

Kasihmu menjauh pergi membuat hidupku sepi. Kaubiarkan aku gelisah merinduimu, kau sengaja mewujudkan jurang antara kita, setelah kasihkau beri, kini kau senghaja membiarkan aku terus merinduimu.

Aku menjadi bingung, seolah-olah kehilangan arah kehidupanku. Aku tahu kehidupan ini memerlukan kasih syang, tetapi kasih sayang akan akhirnya memyebabkan kita alpa bahawa kehidupan kita akhirnya akan sering begitu menjauh.

Aku terus bergegas menyambar nota kuliahku kerana masa untuk aku masuk ke kuliah sudah sampai. Aku lemparkan lamunanku tadi jauh. Aku punya tanggungjawab yang harus aku selesaikan. Aku ada anak didikku yang harus aku lunaskan tugas ini. Biarkan ida terus menyepi, jauh dalam hatiku. Kerana dia sering mengejar bayang-bayangku. Aku menjadi begitu takut kernan cinta yang abadi itu hanya akan membawaku ke sebuah fartamorgana.

No comments:

Post a Comment