Sunday, January 6, 2013

Berfikirlah

Semalaman aku tidak boleh tidur. Bukannya malam ini sahaja, masalah keadaan ini sudah aku deritai mungkin setengah tahun sudah. Tapi pada malam inikan keadaannya berbeza. Aku menemui seorang yang boleh diajak berbicara, dan kebetulan dia mempunyai pemikiran yang sama dengan apa yang saya sedang fikirkan. Yealah memang dalam hidup ini kita mencari ketenangan, ketenteraman, kedamaian dan juga memburu kejayaan. Tetapi kita pernah berfikir atau tidak, ada kalanya orang itu tidak pernah menikmati semuanya itu, yea mungkin itulah takdir. Kita mungkin mudah untuk mengatakan, kalau hendak berjaya, kita kena usaha, kita kena istiqamah, dan kita kena berkorban. Betul tapi ada juga kalanya setelah berusaha dengan begitu bersungguh-sungguh kita tetap juga gagal. Saya simpati dengan kawan ini, tetapi apa yang saya boleh lakukan. Mungkin saya boleh memberi galakan, motivasi dan sedikit-sedikit tazkirah. Dan itupun memang kewajipan kita sebagai sahabat, kita hanya mampu memberi nasihat. Dan itupun kalau dia nak menurutinya. Saya sangat tertarik dengan kata-katanya bahawa penderitaan, kekeciwaan dan kegagalan itu adalah mainan golongan bawahan, golongan gelandangan ataupun istilah yang sering dia gunakan ialah golongan marahein. Penderitaan dan kesengsaraan yang dideritai oleh golongan marahein macam dia tadi disebabkan oleh penindasan oleh kelompok bourjous dan juga aristokrat. Wah lancar dia berbicara, tetapi saya masih tenang mengikuti perkembangan bicaranya. Saya fikir sahabat saya ini sudah menderita sindrom kekeciwaan. Yea pada saya golongan yang keciwa memang sering terpengaruh dengan isme, yang sering mendendangkan kesenangan dan kejayaan. Saya sudah faham dengan sikap manusia, mudah terpengaruh. Setahu sayalah dalam hidup kita ini tidak mungkin kita akan berjaya tanpa kita sendiri ingin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Masalah ini bukannya asing bagi kita, kerana manusia itukan penuh dengan sikap ketamakan. Apa yang dinikmati, didapati tetap tidak akan menyebabkan mereka berpuashati. Apakah kesenangan, dan termakan pujuk rayu dan janji-janji manis kita sudah bersedia untuk membakar jembatan yang selama ini telah memberi kesenangan kepada kita. Saya nasihati kawan saya tadi, bukannya yang kita ada itu tidak baik dan tidak bagus, dan bukannya gamitan janji-janji manis itu tidak bagus. Tetapi saya sempat memberi nasihat kepadanya bahawa apa-apapun keberadaan kita di dunia ini, kita sendiri yang menentukannya. Kepercayaan kita kepada tuhan memberi peluang kepada kita bahawa kita tidak boleh termakan dengan sesuatu yang belum pasti, kerana kita mungkin akan lebih keciwa kerana kita pada akhirnya akan hilang segala-galanya. Dr Hussin b Sarif Batu Pahat.

No comments:

Post a Comment