Monday, December 14, 2009

Akan kuceritakan Sebuah Epilog Sepi

Walaupun aku sudah dewasa kini, tetapi seperti tidak pernah terasa kedewasaan itu. Aku pernah berkata bahawa hidup ini mainannya kesepian, tetapi apakah kerinduan itu satu kenikmatan yang perlu dinikamti oleh semua manusia. Aku juga manusia yang tidak pernah percaya bahawa kehidupan itu sebenarnya lambang kedukaan. Naluri kemanusiaaku sering berkata bahawa dalam kesepian dan kedukaan itu aku mampu menyinari hidupku dengan cahaya kegembiraan. Mungkin itusemuanya sebuah ilusi atau fatamorgana yang sukar untuk dibuktikannya. Dunia ini adalah pentasnya. Apakah aku sedia untuk menjadi pelakunnya. Ataupun dunia ini hanya gelanggang kepalsuan antara kebaikan dan kedurjanaan. Manusia sekerdil ini masih mencanangkan bahawa mereka wira yang ajaib dalam mengejar kerinduannya terhadap kehebatannya. Aku manusia kerdil, aku tidak punya apa-apa, hanyalah di dibekali dengan sekeping jiwa yang rapuh bila bertentangan dengan segala dugaan dan dugaan. Wahai sahabatku, temanku, yang biasa kukenali aku tidak mampu memberi atau menitipkan apa-apa. Aku manusia daif bangun dari lembah kedukaan. Dayaku hanya cebisan kedukaan dan kehampaan. Kecemerlangan dan cahaya yang ada hanyalah cetusan daripada kedukaan yang berpanjangan. Apa diharap pada sikerdil yang sering bertongkat, apa diharap pada seorang insan yang sedang bangun dari lembah kedukaan. Manusia memang durjana dalam mencaturkan hidup manusia lain. Manusia memang angkuh dalam melabuhkan kedambaannya kepada kehancuran dan kelamahan manusia lain. Apa sebabnya ! kerana dunia ini sebenarnya adalah sebuah pentas yang dilupai oleh sang pengarah dan pelakun-pelakunnya sendiri. Terima kasih. 14/12/2009, 1130 malam.

No comments:

Post a Comment