Monday, December 14, 2009

Sebuah Satire ( Cynical satire )

Sebuah Satire ( Cynical stire )
Barangkali kita tidak pernah menyedari bahawa perlakuan kita akan menyebabkan orang lain tersinggung, ambil hati dan juga marah. Walaupun kita sering mengatakan bahawa kita, bangsa kita mewarisi keperibadian yang unggul, baik dan bersopan santun, tetapi kalau kita sempat memerhatikan gelagat masyarakat Melayu memang sangat bertentangan dengan dongengan itu. Kadang-kadang terfikir juga kita sama ada manusia Melayu itu betul-betul faham ajaran agamanya itu. Kerana kalau kita amat-amati tingkah laku dan tidak tanduk mereka tidak selalunya selari denga apa yang terkandung dalam al-Quraan.


Masalah ini mungkin terjadi kepada manusia Melayu atas beberapa sebab, pertama, kerana mereka memang tidak faham ajaran agamanya. Kedua mereka malas untuk belajar, mengaji atau bertanya dengan orang yang telah faham. Ketiga mungkin mereka tidak dapat sumber keimanan yang tuntas ( ini mungkin pembacaannya kitab-kitab tulisan jawi, mereka tidak boleh dan tidak faham, walaupun membacanya ) dan keempat memang sudah ditakdirkan manusia Melayu itu mustahil untuk maju dan berjaya.
Hujah saya adalah kerana, manusia Melayu tidak suka rakan sebangsanya maju, kaya, berjaya mengatasinya. Kita orang Melayu suka mencari jalan mudah untuk senang. Kemudian orang Melayu juga tidak suka menolong bantu bangsa sendiri. Daripada psikologinya manusia Melayu memang tidak boleh maju atau dalam istilah lain kita dilahirkan untuk menerangkan maksud perkataan malas itu sendiri. Kerana kalau manusia Melayu itu rajin, kita tidak boleh menerangkan erti malas kerana bangsa lain semuanya rajin. Nasib baik kita orang Melayu itu malas, jadi kita tanpa segan silu boleh gunakan perkataan malas itu terus untuk merujuk manusia Melayu. Sekarang ini kita telah mantap dengan ciri-ciri itu iaitu kita boleh katakan manusia Melayu sebenarnya dilahirkan untuk menjadi kuli di tanah tumpah airnya sendiri.

No comments:

Post a Comment