mymisaikucing ( keimplisitan pemikiran dari sudut pragmatik )
Blog ini saya persembahkan untuk kita sama-sama menukilkan segengam rasa, seuntai madah, sebait mimpi dijelmakan dalam erti penulisan yang bermadah dan berseloka dengan penuh ketersiratan.
Tuesday, June 25, 2013
Bunga
Bila kita berbicara
Tentang duka
Kita bisa terlupa meratapi
Dan melakari semula kesedihan
Bila kita berbicara
Tentang rindu
Kita pasti terleka
Mengingati kesyahduhan
Dan rasa kerinduan
Yang membelai
Hati yang longlai.
Bila kita berbicara
Tentang kepasrahan
Kita terus melakar senyuman
atau menganyam rasa kesyahduan
Sambil memunggut gumpalan ombak
Yang menghempas, berputar dan terdampar
Apakah kita masih sedar
Angin masih bertiup
Melakar kenangan lalu
Umpama awan yang meredup
Terselit cahaya mega merah
Lalu kita simpulkan
Dalam lipatan hati
Dan kita biarkan terus menyinar
Menyongsong kegelapan
Ataupun kita mungkin
Bangun gagah menlawan badai
Yang menghempas
Batu dan pasir putih
Akhirnya
Kita kan masih bisa bangun
Menatap wajah-Mu Ilahi
Saturday, June 15, 2013
Selamat Malam
Suaranya gemersik
Menyapu awan putih
Umpama siulan sang burung
Berbisik dengan malam yang kelam
Aku gagahi diriku
Melangkahi jurang yang curam
Mungkin, kerna sirna mengelam
Aku terus menadah tangan, bungkam
Berteleku dihadapan Mu memohon ilham
Tuhan
Apakah aku teruja
Mendengar bisikanmu,
Menangisi sang malam
Sedangkan Aku tetap berdiri
Memugarkan diri dengan bisikan-NYA
Saudaraku
Titian itu semakin sempit
Jauh dan kita terus tersepit
Umpama sang balam
Yang membelah awam malam
Yang semakin kelam.
Saudaraku
Kita bisa menjadi sirna,
Bakal menyuluh titian yang kelam,
Mewarnai sukma penuh makna
Umpama Pakma, ke puncak peterena.
Ayuh,
Kita gagahi diri
Melawan dan menyangah duri
Yang bisa membasahi diri
Dan akhirnya
Kita kan musnah terdampar
Lemas di lautan sepi.
Hotel Sri Malaysia
Mersing
15 JUN 2013
Monday, February 18, 2013
Yang sempat saya fikirkan
Asalamualaikum, selamat sejahtera, mega bangsa dan negara kita tetap dirahmati Allah.
Saya dilahir di negara tercinta ini dan saya amat berbangga bahawa orang Melayu mampu memerintah negara hingga kita menjadi negara maju. Yang saya tahu jasa UMNO itu begitu besar dalam membina dan memajukan negara ini. Saya berkata begitu mungkin saya hanya mengetahui UMNO itu banyak berjasa kepada pembinaan bangsa dan negara ini. Saya juga masih ingat bagaimana kelantangan Parti PETIR atau PAP di bawah ketuanya Sdr Lee Kuan Yew. Dan pastinya PAP masih kukuh memerintah Singapura. Satu contoh kehebatan bangsa Melayu adalah membiarkan Singapura itu dimilikki oleh orang lain. Dan mungkin kita tidak tahu bagaimana orang Melayu Singapura itu khayal dengan hiburan dan tanpa sedikit rasa bersalah membiarkan Singapura itu bertukar tangan.
Fenomena itu mungkin berlarutan sekarang ini, dengan permainan politik yang amat berbahaya ini. Orang Melayu amat daif daripada segi strategi, minda dan perkiraan. Maksudnya dalam etika politik kepartian yang sempit, parti yang didokong oleh semangat perkauman. Orang Melayu cuma mempunyai dua buah parti politik iaitu UMNO dan PAS. Pertentangan antara kedua-dua buah parti polotik ini bakal memecahkan bilangan pengundi Melayu yang bajal menguntungkan parti lain. Maksudnya parti yang berasaskan ras tadi.
Mengapa kita tidak boleh memahami bahawa pilihanraya bukannya boleh menentukan bangsa kita tetap berkuasa. Hal ini demikian kemenangan bilangan kerusi terbanyaklah yang bakal membentuk kerajaan. Ironisnya kerajaan Selangor dan Perak, walaupun kita tahu majoriti bilangan rakyatnya adalah Melayu, tetapi yang nampak berkuasa adalah puak-puak DAP yang pastinya bukan Melayu. Ini kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan, dan ini pun sebilangan daripada kita masih tidak faham, masih lagi hayal dengan selogan populis si tukang karut mereka. Cuba fahami secara menganalisis data, kesediaan minda Melayu, dan kebijaksanaan mengatur strategi. Lagipun pada saya mengapa kita menghabiskan waktu hanya untuk memburuk-buruk, menghentam, mengadu domba, sesesama bangsa. Ingat kita tidak akan menjadi kuat dengan hanya menghalau sebangsa kita. Kita sebenarnya semakin mengecil.
Sunday, February 17, 2013
Idea yang orang lain tidak suka untuk membacanya.
Asalamualaikum, semoga sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Mungkin kita tidak menyedari bahawa usia kita semakin merangkak ke arah noktahnya. Pun begitu masih ramai daripada kita berkhayal bahawa kenikmatan dunia itu seharusnya dikaut semahu-mahunya tanpa memikirkan bahawa orang lain pun berhak juga untuk menikmati. Yealah kita manusia dan juga jin dijadikan oleh Tuhan untuk menghuni dunia ini, diberi kenikmatan dan kita diberi nafsu dengan tujuan untuk menguji kita, sama ada kita dapat mengawal godaan itu.
Bagi saya apalah sangatnya kenikmatan dunia ini, jika kita mendapatkan dengan cara yang tidak betul. cuma saya sedih melihatkan gelagat sesetengah individu itu seolah-olah begitu baik tetapi masih tergamak melakukan tindakan yang kurang bermoral, tidak bertimbang rasa dan ada kalanya kejam. Dan ironisnya, orang-orang ini berbangga dengan tindakkannya itu.
Kadang-kadang, berkata-kata lebih mudah daripada melaksanakannya. Betapa sedihnya kita melihat penderitaan orang, keterlanjuran orang, kehinaan orang, sedangkan kita gagal untuk menghulurkan tangan untuk membantu. Kita sering berhujah itu salah, ini berdosa, ini mungkar tetapi kita gagal untuk memberi ruang kepada keadaan itu berterusan. Kita jadikan norma yang ada untuk terus terusan menghukum orang lain, sedangkan kita tahu bahawa kita manusia memang mudah terjebak untuk melakukan kemungkaran
Kita sebenarnya alpa dan tidak menyedari tugas kita sebagai manusia, bukannya untuk menghukum. Tetapi perlu kita sedar bahawa kita dijadikan Tuhan sebagai manusia yang penuh dengan nafsu. Bahawa kita diberi peluang untuk menunjukkan bahawa kita sebagai makhluk yang mampu melalui dugaan dan rintanag itu. Kalau Tuhan mahu kita manusia boleh dijadikan sebagai makhluk yang taat kepada Tuhan seperti malaikat, tapi tidak begitu halnya asas kejadian kita adalah untuk mentaati dan akur kepada perintah Tuhan tetapi perlu melangkaui dugaan dan godaan nafsu terlebih dahulu.
Kita seharusnya bukan sahaja terus menghukum, tetapi perlu berdahwah dan menyampaikan. Itu sebenarnya tugas kita sebagai insan. Kalau kita berasa bahawa kita baik, kita mampu menjadi alim sewajarnya kita perlu menyampaikan kemampuan kita itu kepada orang lain. Kita mampu menolong bukannya terus menghukum. Tidak perlulah kita menghukum, menempelak, menghina keran perbuatan kita itu akhirnya akan mengheret kita kepada kemurkaan Tuhan. Kalau kita berasa kita lebih baik, tolonglah orang lain yang kurang bernasib baik, kerana peranan kita sebagai khalifah adalah untuk membimbing dan menolong orang lain daripada terus terjerumus ke lembah kehinaan.
Friday, February 8, 2013
Satu Peringatan
Aku selak lembaran hidupku. Aku menjadi begitu sedih, sayu, terperanjat dan ada juga gembiranya. Ya walaupun aku insan kerdil yang tidak punya apa-apa, sedangkan orang lain itukan begitu hebat dan sentiasa gembira. Tapikan hidup itu seperti roda, sentiasa berputar, dan kesdihan kita sepanjang waktu kan akhirnya terpancar cahaya yang malap dan sedikit demi sedikit akan terang benderang, dan kita akhirnya tersenyum riang. Tapi begitukan keriangan, dan kesenangan itukan tidak akan terus berpanjangan kerana orang lainpun nak senang dan riang juga. Jadi kita perlu akur dengan resam hidup, bahawa susah, senang, gembira dan terlalu gembira adalah pengalaman yang harus kita tempuhi. Cumanya orang yang senang, kaya dan gembira akan tetap tamak bahawa apa yang mereka nikmati itulah haknya sampai mati. Berwaspadalah bahawa perasaan tamak dan haloba itu adalah penyakit hati.
Thursday, February 7, 2013
Serangkai Madah Kugubah Untukmu
Serangkai madah
kugubah,
untukmu Kartini,
Sekuntum senyuman
membuatku gundah
serangkap bisikan
membuatku gelisah.
Malam yang sepi
membuatku resah
digapai mimpi
melamun, melamun,
dan terus melamun,
syahdunya
Terkejut aku,
deruan ombak
menghempas pantai,
hatiku berbunga,
mewangi
Menusuk-nusuk
ke lautan sepi.
sedangkan aku,
tetap sepi dibuai mimpi.
Wednesday, February 6, 2013
Sajakku Untukmu
Aku tiup
api yang meliuk
dihembus angin malam
Aku tetap bungkam.
kesepian.
Ya Allah
Apakah Aku ini
masih di sini
menemani
malam yang sunyi
membuat aku
kehilangan teman
yang sering menemani
Malam, malam, malam
yang suram, suram. suram
gelap, gelap, gelap
menyandarkan diri ku
di bawah cahaya suram
dan kelam, kelam, kelam
Selamat Malam
Sang purnama,
yang di hatimu terpahat
sekeping hati
yang sering mekar
mewangi di taman
yang menguntum sepi.
malam 1100 mlm
06.02.13
Mengapa Malam ?
Yea, mungkin malam semakin larut, tetapi fikiranku masih menerawang seolah-olah membuatku sentiasa memikirkan hati ini. Mungkin secara tidakku sedari menguntum bunga mawar mewangi kesyahduan malam. Tidakku duga keheningan malam bisa membisikan alunan romantis seorang insan yang begitu sukar untuk kulupakan. Hatta hembusan angin malam menampar-nampar pipiku. Aku lantas menarik selimut lusuhku menutupi jari jemari kakiku. Aku tarik bantal untuk melandasi kepalaku yang pening dan sakit. Mataku pejamkan dalam-dalamm, namun terjelma wajah manismu menguntum senyum. Aku tersenyum sendirian, Bunyi pintu bilikku diketuk. Aku menarik muka masam, kutarik selimutku untuk menutupi mukakau, aduh sejuknya jarijemari kakiku dihembus angin malam melalui tingkap bliku yang terdedah. Mataku mengintai-intai melalui celah-celah selimutku, aku nampak isteriku menyuluh tubuhku dengan lampu picit yang suram cahayanya. Aku berpura-pura bungkam, dan mematikan diri.
Kemudian aku lihatt angan isteriku menarik selimutku menutupi kakiku yang terdedah dan disuluhnya sekali mukaku, dan aku rasa dia pasti aku sudah tidur. Dia lalu menutup tingkap, mematikan lampu, dan membiarkan lampu tidur sahaja yang dipasang. Keadaan bilikku suram dan aku berpeluh kerana berpura-pura tidur tadi. Aku pasti isteriku sudah keluar dari bilikku, apabila aku terdengar pintu berdetak ditutup. Aku pasti benar dia sudah keluar dan aku mula memberanikan membuka mataku. Aku tersengih-sengih, puas tetapi akhirnya malu, kerana aku dapat membuat isteriku faham bahawa aku sudah tidur.
Aku menolak bantal yang menindih tubuhku. Aku berasa panas, dan rimas. Aku bangun, dan berjalan ke arah meja solek. Aku nampak jelas wajahku yang semakin dimamah usia. Wajahku kelihatan sekejap gelap, sekejap terang disinari cahaya lampu tidur. Aku bingkas bangun, apabila terdengar suara disamber beledek. Menjerit-jerit kedua-dua anakku itu kena belasah. Yea mungkin dia penat, menjaga kedua-dua anak itu dari pagi sampai petang. Tapi apakan daya, aku sendiri penat dan kepenatan, setelah sehari suntuk bekerja. aku mengintai dicelah lubang kunci, aku lihat isteriku khyusuk menonton drama, sambil terus-terusan melipat kain. Ya ya ya ya, saya faham dia kepenatan dan saya terus alp. Aku terus kemurungan kerana melayani mata yang tidak mahu lelap. Tapi wahai mata mengapa kamu tidak mahu lelap dan wahai mindaku tetap berfikir dan mengapa tidak mahu lelap.
Mungkin nasibku masih ada kamu. Meniti dihujung-hujung buih pantai, dan akhirnya terdampar di pantai. Mengelungsur pasir pantai menuju laut yang sering menyeringai. Aku anyam gumpalan buih itu menjadi hamparan yang lembut selembut wajahmu yang manis, manis, manis dan mengasyikkan. Aku tenumh wajahmu mekar kelopaknya, menusuk kalbuku kelembutan angin sepi, menampar-nampar wajahku. Aku teraba-raba mencari kehangatan malam yang sudah begitu sukar untuk kucari. Tapi akhirnya aku tahu kau ada di situ si gemok.
Selamat malam dan jangan marah
10 45 malam.
6.2.13
Sunday, January 6, 2013
Sajak Untuk Seorang Gadis
Aduh
sayunya perasaan ini
bila aku teringat
bulan purnama
menyinari mata
seorang gadis
bertudung
ayu.
Tapi Akukan tahu
hatimu berdetik
sederas rintik-rintik
hujan yang turun
menyepi
dan malam semakin sepi.
Suasana malam
seolah-olah merintih
bersama hembusan angin
yang cuba menitipkan
sesuatu kepadaku
Tetapi
Aku terus terpaku
membelai dan memandangmu
dengan kesayuan
tanpa
suatu kepastian
Berfikirlah
Semalaman aku tidak boleh tidur. Bukannya malam ini sahaja, masalah keadaan ini sudah aku deritai mungkin setengah tahun sudah. Tapi pada malam inikan keadaannya berbeza. Aku menemui seorang yang boleh diajak berbicara, dan kebetulan dia mempunyai pemikiran yang sama dengan apa yang saya sedang fikirkan. Yealah memang dalam hidup ini kita mencari ketenangan, ketenteraman, kedamaian dan juga memburu kejayaan. Tetapi kita pernah berfikir atau tidak, ada kalanya orang itu tidak pernah menikmati semuanya itu, yea mungkin itulah takdir. Kita mungkin mudah untuk mengatakan, kalau hendak berjaya, kita kena usaha, kita kena istiqamah, dan kita kena berkorban. Betul tapi ada juga kalanya setelah berusaha dengan begitu bersungguh-sungguh kita tetap juga gagal.
Saya simpati dengan kawan ini, tetapi apa yang saya boleh lakukan. Mungkin saya boleh memberi galakan, motivasi dan sedikit-sedikit tazkirah. Dan itupun memang kewajipan kita sebagai sahabat, kita hanya mampu memberi nasihat. Dan itupun kalau dia nak menurutinya.
Saya sangat tertarik dengan kata-katanya bahawa penderitaan, kekeciwaan dan kegagalan itu adalah mainan golongan bawahan, golongan gelandangan ataupun istilah yang sering dia gunakan ialah golongan marahein. Penderitaan dan kesengsaraan yang dideritai oleh golongan marahein macam dia tadi disebabkan oleh penindasan oleh kelompok bourjous dan juga aristokrat. Wah lancar dia berbicara, tetapi saya masih tenang mengikuti perkembangan bicaranya. Saya fikir sahabat saya ini sudah menderita sindrom kekeciwaan. Yea pada saya golongan yang keciwa memang sering terpengaruh dengan isme, yang sering mendendangkan kesenangan dan kejayaan.
Saya sudah faham dengan sikap manusia, mudah terpengaruh. Setahu sayalah dalam hidup kita ini tidak mungkin kita akan berjaya tanpa kita sendiri ingin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Masalah ini bukannya asing bagi kita, kerana manusia itukan penuh dengan sikap ketamakan. Apa yang dinikmati, didapati tetap tidak akan menyebabkan mereka berpuashati. Apakah kesenangan, dan termakan pujuk rayu dan janji-janji manis kita sudah bersedia untuk membakar jembatan yang selama ini telah memberi kesenangan kepada kita.
Saya nasihati kawan saya tadi, bukannya yang kita ada itu tidak baik dan tidak bagus, dan bukannya gamitan janji-janji manis itu tidak bagus. Tetapi saya sempat memberi nasihat kepadanya bahawa apa-apapun keberadaan kita di dunia ini, kita sendiri yang menentukannya. Kepercayaan kita kepada tuhan memberi peluang kepada kita bahawa kita tidak boleh termakan dengan sesuatu yang belum pasti, kerana kita mungkin akan lebih keciwa kerana kita pada akhirnya akan hilang segala-galanya.
Dr Hussin b Sarif
Batu Pahat.
Subscribe to:
Posts (Atom)